Mufti Negeri Perlis Terima Kunjungan Hormat "Sahabat Tadabbur" Dari Johor Bahru
Bukit Keteri, 4 September 2025 – Mufti Negeri Perlis hari ini menerima kunjungan hormat daripada kumpulan "Sahabat Tadabbur" yang datang dari Johor Bahru dalam satu pertemuan penuh mesra dan bermakna yang berlangsung di Teduhan Doa, Bukit Keteri.
Kunjungan ini bertujuan untuk bertukar pandangan, memperkukuh hubungan, serta mendapatkan nasihat dan inspirasi dalam usaha dakwah dan tadabbur Al-Qur'an. Delegasi Sahabat Tadabbur terdiri daripada para aktivis dakwah dan pencinta Al-Qur’an yang aktif menjalankan program penghayatan serta tadabbur di peringkat komuniti dan mencari ilmu .
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu semasa berkaitan dakwah, pendidikan serta pendekatan tadabbur yang berkesan turut dibincangkan secara santai namun ilmiah. SS. Mufti Negeri Perlis turut berkongsi pandangan dan nasihat kepada tetamu yang hadir.
Pertemuan ini diharap dapat menjadi permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak.







