Dosa Dan Pahala Di Media Sosial

Dosa Dan Pahala Di Media Sosial
Kangar, 22 Ogos 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis menyeru umat Islam agar berwaspada dalam penggunaan media sosial menerusi khutbah bertajuk “Dosa dan Pahala di Media Sosial”.
 
Mimbar Jumaat mengingatkan bahawa setiap tulisan, komen dan perkongsian akan dicatat oleh para malaikat dan dipersoalkan oleh Allah pada hari kiamat. Media sosial boleh menjadi medan untuk meraih pahala yang berpanjangan, namun ia juga boleh menjadi sumber dosa yang berterusan jika digunakan secara cuai. Umat Islam diingatkan bahawa medium digital bukan ruang bebas untuk berkata sesuka hati tanpa panduan agama.
 
Dalam khutbah tersebut, khatib menggariskan beberapa panduan asas untuk menulis secara berhemah di media sosial, antaranya memastikan kebenaran maklumat sebelum disebarkan serta mengelakkan perkataan yang boleh menyakiti perasaan orang lain atau menimbulkan salah faham.
 
Mimbar turut menyeru agar media sosial dimanfaatkan untuk menyebarkan perkara bermanfaat, termasuk ilmu agama, nasihat dan mesej kebaikan. Setiap perkongsian yang memberi manfaat akan menjadi saham pahala yang berterusan walaupun penulis telah meninggal dunia. Justeru, media sosial wajar dijadikan medan dakwah dan platform menyemai nilai-nilai Islam yang murni.
 

Di akhir khutbah, khatib menitipkan pesanan agar menjadikan media sosial sebagai ladang amal soleh, bukannya medan yang mengundang kemurkaan Allah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1514
Semalam 1439
Minggu Ini 1514
Bulan Ini 12257

Keseluruhan 3622297

   Masa Capaian : 1.13 saat    Kemaskini :  11/5/2026