Amanah Dan Tanggungjawab Pegawai Serta AJK Masjid Ditekankan Di Multaqa Negeri Perlis 2025

Amanah Dan Tanggungjawab Pegawai Serta AJK Masjid Ditekankan Di Multaqa Negeri Perlis 2025
Kangar, 21 Ogos 2025 – Mufti Negeri Perlis menyampaikan pesanan penuh makna kepada para Pegawai dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh negeri Perlis dalam slot beliau bertajuk “Amanah dan Tanggungjawab Pegawai dan AJK Masjid”.
 
Slot ini merupakan sebahagian daripada atur cara Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Negeri Perlis 2025 yang bertujuan memperkukuh peranan institusi masjid dalam pembangunan ummah serta meningkatkan tahap kecekapan dan integriti pentadbiran masjid di negeri ini.
 
Dalam ucapannya, SS Mufti Negeri Perlis menekankan bahawa nilai keikhlasan, integriti, dan rasa tanggungjawab adalah teras utama dalam melaksanakan tugas demi kebaikan masjid serta kesejahteraan masyarakat setempat. Masjid bukan sekadar menjadi tempat ibadah solat semata-mata, bahkan berperanan besar dalam membina masyarakat dari pelbagai sudut termasuk pendidikan, kebajikan, dan perpaduan.
 
Beliau turut mengingatkan bahawa setiap jawatan yang diamanahkan adalah tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Justeru, para pegawai dan AJK masjid diseru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan pihak berautoriti.
 
SS Mufti juga menekankan kepentingan pematuhan terhadap Garis Panduan Pengurusan Masjid agar segala urusan, aktiviti, dan pentadbiran dapat dilaksanakan secara teratur, telus, dan memberi manfaat kepada seluruh jemaah serta komuniti setempat.
 
Multaqa Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Negeri Perlis 2025 telah disempurnakan dengan jayanya oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis  Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1005
Semalam 2136
Minggu Ini 10480
Bulan Ini 21223

Keseluruhan 3631263

   Masa Capaian : 0.94 saat    Kemaskini :  15/5/2026