Mengenali Dosa dan Cara Menghapuskannya

Mengenali Dosa dan Cara Menghapuskannya
Kangar, 25 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui khutbah Jumaat hari ini telah mengupas satu tajuk yang cukup penting dalam kehidupan seorang Muslim, iaitu “Mengenali Dosa dan Cara Menghapuskannya”. Tumpuan utama khutbah ini adalah kesedaran terhadap dosa serta amalan-amalan yang mampu menyucikan diri daripadanya, terutamanya dosa-dosa kecil.
 
Antara amalan yang diketengahkan ialah berwuduk. Wuduk bukan sekadar menyucikan anggota zahir untuk menunaikan solat, bahkan ia menjadi salah satu wasilah penghapusan dosa-dosa kecil, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Selain itu, khatib turut menggalakkan umat Islam untuk memperbanyakkan istighfar, melazimi amalan soleh secara konsisten, serta memperbanyakkan langkah menuju ke masjid – semuanya merupakan usaha mendekatkan diri kepada Allah dan menyucikan diri daripada noda dosa.
 
Khutbah turut menyentuh perihal taubat daripada dosa-dosa besar. Taubat yang sebenar menuntut tiga syarat utama: meninggalkan maksiat tersebut, menyesal atas perbuatan yang dilakukan, dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Jika dosa tersebut melibatkan hak orang lain seperti harta, ia wajib dikembalikan kepada pemiliknya. Jika berupa dosa lisan seperti ghibah (mengumpat), maka si pelaku disarankan memohon kemaafan dan keampunan daripada individu yang terlibat.
 
Khatib turut mengingatkan jemaah Jumaat agar tidak memandang remeh terhadap dosa, walau sekecil mana sekalipun. Dosa yang dilakukan berulang kali tanpa rasa bersalah akan menghitamkan hati dan melemahkan iman. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah sentiasa bermuhasabah, memahami hakikat dosa serta kesannya terhadap jiwa dan hubungan dengan Allah SWT.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 382
Semalam 1458
Minggu Ini 6909
Bulan Ini 13769

Keseluruhan 3585337

   Masa Capaian : 1.07 saat    Kemaskini :  10/4/2026