Daurah Ilmiah Bersama Sheikh Dr. Haitham Jawad Al-Haddad di Masjid Alwi, Kangar

Daurah Ilmiah Bersama Sheikh Dr. Haitham Jawad Al-Haddad di Masjid Alwi, Kangar

Kangar, 20 Julai 2025 (Ahad) — Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Masjid Alwi telah menganjurkan Daurah Ilmiah yang disampaikan oleh Sheikh Dr. Haitham bin Jawad Al-Haddad, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Islamic Council of Europe (ICE).

Program yang berlangsung di Masjid Alwi, Kangar, Perlis ini bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan pengajian kitab bertajuk Al-Mukhtasar fi Al-Aqidah Al-Muttafaq ‘Alayha Bayna Al-Muslimin. Daurah ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami ilmu aqidah yang menjadi titik persetujuan umat Islam, berdasarkan kitab yang dikupas secara ilmiah oleh Sheikh Dr. Haitham.

Pendaftaran program ini adalah percuma, dan kehadiran terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menimba ilmu agama secara lebih mendalam.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk menyemarakkan suasana keilmuan di negeri ini serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap ilmu aqidah yang sahih.

Orang ramai yang hadir memberikan sambutan yang baik terhadap penganjuran program ini dan berharap lebih banyak lagi program seumpama ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi di www.muftiperlis.gov.my atau mengikuti media sosial rasmi jabatan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 200
Semalam 3825
Minggu Ini 7539
Bulan Ini 18282

Keseluruhan 3628322

   Masa Capaian : 0.96 saat    Kemaskini :  11/5/2026