Islam Melarang Mempercayai Tilikan

Islam Melarang Mempercayai Tilikan
Kangar, 18 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis pada minggu ini telah memilih tajuk “Islam Melarang Mempercayai Tilikan Nasib” sebagai tema Khutbah Jumaat yang disampaikan di seluruh masjid di Negeri Perlis.
 
Khutbah tersebut menekankan beberapa bentuk tilikan yang wajib dijauhi sebagaimana yang ditegah oleh Islam. Antara yang disebutkan dalam khutbah ialah menilik nasib melalui bulan kelahiran, membaca tapak tangan, menggunakan kad misteri, menggoncang batang buluh kecil, atau menafsir kejadian-kejadian tertentu sebagai petanda masa depan.
 
Khutbah itu juga memperingatkan bahawa mempercayai tilikan secara penuh sehingga meyakininya sebagai kebenaran mutlak merupakan perbuatan syirik besar yang boleh membatalkan keislaman seseorang. Manakala, jika seseorang tidak benar-benar meyakininya tetapi tetap membaca atau mencuba-cuba tilikan tersebut, maka dia telah melakukan syirik kecil, yang tetap merupakan dosa besar dan amat berbahaya.
 
Di akhir khutbah, khatib turut berpesan supaya umat Islam kembali berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, serta meyakini bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara ghaib dan kepada-Nya sahajalah kita menyerahkan segala urusan.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 621
Semalam 1685
Minggu Ini 2306
Bulan Ini 27470

Keseluruhan 3637510

   Masa Capaian : 1.02 saat    Kemaskini :  19/5/2026