Taklimat Pengauditan Perkukuh Tatakelola Kewangan Jabatan Mufti Negeri Perlis

Taklimat Pengauditan Perkukuh Tatakelola Kewangan Jabatan Mufti Negeri Perlis

Kangar, 16 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menganjurkan Taklimat Pengauditan Pengurusan Kewangan dan Isu-Isu di Jabatan Negeri yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis. Taklimat  ini melibatkan penyertaan semua kakitangan jabatan dan dianjurkan oleh Unit Pentadbiran, Jabatan Mufti Negeri Perlis bagi meningkatkan kefahaman warga kerja terhadap pengurusan kewangan yang berintegriti dan berkesan.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Noorhazarin bin Hassan, Ketua Audit Dalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Dalam pembentangannya, beliau menerangkan secara terperinci tentang prosedur dan tatacara pengauditan pengurusan kewangan, isu-isu lazim yang berlaku di jabatan-jabatan kerajaan, serta langkah-langkah pencegahan bagi memastikan pematuhan kepada peraturan kewangan yang ditetapkan.Taklimat ini juga menjadi platform untuk para kakitangan bertanya dan mendapatkan pencerahan secara langsung berkenaan isu-isu pengurusan kewangan serta kaedah penambahbaikan yang boleh diambil untuk memperkukuhkan tatakelola kewangan jabatan.

Penganjuran taklimat ini sejajar dengan usaha Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk memastikan semua urusan kewangan dilaksanakan dengan telus, berakauntabiliti, dan menepati piawaian demi kelangsungan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 666
Semalam 1741
Minggu Ini 4092
Bulan Ini 29256

Keseluruhan 3639296

   Masa Capaian : 1.04 saat    Kemaskini :  19/5/2026