Pertemuan Para Pendakwah Kukuhkan Jalinan Dan Hala Tuju Dakwah

Pertemuan Para Pendakwah Kukuhkan Jalinan Dan Hala Tuju Dakwah

Kangar, 13 Julai 2025 — Seramai 60 pendakwah dari seluruh negara berhimpun di Kangar, Perlis selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Julai 2025, dalam sebuah pertemuan yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pertubuhan IQ Malaysia.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan tentang halatuju dakwah di Malaysia, pengukuhan institusi pendidikan Islam, serta kerjasama strategik antara pelbagai pertubuhan dakwah bagi memperkasa peranan dakwah sunnah di tanah air.

Majlis dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Abdul Razak Muthalib dari IQ Malaysia, manakala ucapan pembukaan telah disampaikan oleh SS  Profesor Dato’ Ariff Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.

Para peserta yang hadir daripada pelbagai latar belakang akademik membawa bersama perspektif, pendekatan, dan idea yang pelbagai, sekali gus menyemarakkan perbincangan sepanjang pertemuan. 

Selain sesi perbincangan rasmi, para peserta turut diraikan dalam Majlis Makan Malam Santai di Laman Teduhan Doa, Bukit Keteri, yang menjadi ruang untuk para pendakwah berinteraksi lebih mesra sambil mengeratkan ukhuwah dalam suasana yang santai dan harmoni.

Pertemuan ini telah berjaya memperkukuh hubungan antara para pendakwah dan membuka ruang perkongsian pengalaman serta idea yang bermanfaat untuk memperkasakan lagi gerak kerja dakwah pada masa akan datang.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1843
Semalam 1482
Minggu Ini 1843
Bulan Ini 41841

Keseluruhan 3651881

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  22/5/2026