Amalan Yang Mendatangkan Rezeki

Amalan Yang Mendatangkan Rezeki

Kangar, 4 Julai 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis pada minggu ini telah mengetengahkan tajuk “Amalan yang Mendatangkan Rezeki” dalam khutbah Jumaat yang dikeluarkan.

Khutbah tersebut menekankan beberapa amalan utama yang menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, sebagaimana dirumuskan oleh Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyyah rahimahullah, berdasarkan panduan al-Quran dan al-Sunnah.

Antara amalan yang disebutkan ialah menunaikan solat malam (tahajud), memperbanyakkan istighfar pada waktu sahur, bersedekah, serta berzikir pada waktu pagi dan petang.

Khatib turut mengingatkan bahawa rezeki yang hakiki bukanlah sekadar angka di dalam akaun atau jumlah simpanan, tetapi ketenangan yang mendamaikan, hati yang sentiasa bersyukur, serta kehidupan yang memberi manfaat kepada orang lain. Rezeki yang sebenar tidak diukur dengan banyaknya harta, tingginya pangkat, atau gahnya nama.

Di akhir khutbah, khatib menitipkan pesanan agar umat Islam meletakkan sepenuh kebergantungan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Kaya, Maha Pemberi, dan Maha Pemurah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1851
Semalam 1615
Minggu Ini 3466
Bulan Ini 14209

Keseluruhan 3624249

   Masa Capaian : 1.01 saat    Kemaskini :  11/5/2026