Pembentukan Sahsiah Belia yang Soleh

Pembentukan Sahsiah Belia yang Soleh

Kangar, 23 Mei 2025 – Khutbah Jumaat pada minggu ini telah mengetengahkan tajuk “Pembentukan Sahsiah Belia yang Soleh.”

Khutbah ini menekankan sifat-sifat yang perlu ada bagi membentuk sahsiah yang soleh. Antara yang dinyatakan ialah keperluan mempelajari ilmu agama daripada sumber yang sahih. Setiap belia Islam wajib menuntut ilmu agama yang fardu ‘ain, terutamanya yang berkaitan dengan akidah, ibadah dan akhlak.

Selain itu, penguasaan kemahiran dalam pelbagai bidang kehidupan membolehkan belia memainkan peranan penting dalam membangunkan ummah, serta mengelakkan kebergantungan kepada golongan bukan Islam dalam aspek ekonomi dan teknologi.

Khatib juga turut mengingatkan tentang tanggungjawab para ibu bapa, pendidik, pemimpin dan anggota masyarakat untuk berganding bahu membentuk generasi muda dengan asas-asas ini, agar mereka menjadi penyambung risalah Islam, pembela agama dan pemimpin masa depan yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2234
Semalam 3428
Minggu Ini 9697
Bulan Ini 49084

Keseluruhan 3792713

   Masa Capaian : 0.97 saat    Kemaskini :  14/7/2026