Khutbah Negeri Perlis Tekankan Kepentingan Keberkatan Dalam Pemerintahan

Khutbah Negeri Perlis Tekankan Kepentingan Keberkatan Dalam Pemerintahan

KANGAR, 16 Mei – Khutbah Jumaat sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis ke-82 hari ini memberi fokus kepada pentingnya mencari keberkatan dalam pemerintahan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.

Khutbah bertajuk "Mencari Keberkatan dalam Pemerintahan" yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis ini disampaikan serentak di seluruh masjid di negeri Perlis.

Khutbah ini  menekankan tatacara memperoleh keberkatan dalam pemerintahan. Antaranya ialah Pemerintah hendaklah seorang yang amanah,  jujur, adil dalam membuat Keputusan dan mempunyai ilmu pemerintahan dan hukum syarak.

Pemimpin diingatkan supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat, bersikap adil, dan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan dalam membuat keputusan.

Khutbah juga menyebut bahawa pemerintahan bukan satu keistimewaan, tetapi amanah dan ujian besar yang akan dipersoalkan di sisi Allah SWT.

Khatib juga turut mengingatkan berkenaan tanggungjawab bersama antara pihak pemerintah dan rakyat bagi memastikan pentadbiran agama Islam di negeri Perlis sentiasa berpaksikan ajaran Islam yang sebenar, berteraskan keadilan, serta memelihara hak dan suara rakyat dengan penuh amanah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1637
Semalam 1740
Minggu Ini 1637
Bulan Ini 26801

Keseluruhan 3636841

   Masa Capaian : 1.05 saat    Kemaskini :  15/5/2026