Ramadan dan Penurunan Al-Quran

Ramadan dan Penurunan Al-Quran

Kangar, 14 Mac 2025 – Khutbah Jumaat pada hari ini bertajuk Nuzul Al-Quran: Pedoman Kehidupan. Khutbah ini menekankan kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Umat Islam diseru untuk berusaha memahami Al-Quran dengan menghadiri kelas pengajian, membaca tafsir, dan bertanya kepada mereka yang lebih berilmu mengenai ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran.

Selain itu, setiap Muslim bertanggungjawab untuk mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan, mengajarkannya kepada orang lain, serta menghiasi kehidupan dengan akhlak yang selari dengan nilai-nilai Al-Quran.

Mimbar Jumaat turut menegur segelintir umat Islam yang hanya menjadikan Al-Quran sebagai hiasan semata-mata. Sebaliknya, Al-Quran harus dijadikan sebagai teman setia yang membimbing setiap langkah kehidupan. Ia bukan sekadar untuk dibaca, tetapi merupakan sumber hidayah yang membawa kejayaan di dunia dan di akhirat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 136
Semalam 1516
Minggu Ini 1652
Bulan Ini 13729

Keseluruhan 3681152

   Masa Capaian : 1.00 saat    Kemaskini :  08/6/2026