Majlis Perasmian Rukyah Hilal Ramadan Tahun 1446H / 2025M

Majlis Perasmian Rukyah Hilal Ramadan Tahun 1446H / 2025M

Kuala Perlis, 28 Februari 2025 – DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah mencemar duli berangkat hadir bagi menyaksikan Ahli Jawatankuasa Rukyah Hilal Negeri Perlis menandatangani pengesahan rukyah hilal Ramadan 1446H sempena Majlis Perasmian Rukyah Hilal Ramadan Tahun 1446H / 2025M.

Baginda berdua turut diiringi oleh YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis; Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis; serta ketua jabatan dan agensi agama Negeri Perlis sepanjang majlis berlangsung.

Rukyah hilal Ramadan merupakan salah satu program asas yang sangat penting bagi penetapan tarikh awal bulan Ramadan bagi tahun 1446H di seluruh Malaysia. Majlis perasmian tersebut telah diadakan di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis, Perlis, yang merupakan Stesen Rasmi Rukyah Hilal Negeri Perlis, pada 28 Februari 2025M bersamaan 29 Syaaban 1446H.

Jabatan Mufti Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), serta Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Perlis telah dipertanggungjawabkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk mengkaji dan menganalisis data almanak astronomi berkaitan kewujudan hilal sewaktu matahari terbenam pada hari rukyah berdasarkan Kriteria Imkanur Rukyah

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2685
Semalam 2166
Minggu Ini 4851
Bulan Ini 44849

Keseluruhan 3654889

   Masa Capaian : 1.09 saat    Kemaskini :  26/5/2026