Mufti Negeri Perlis Zahirkan Dukacita Terhadap Kes Kemalangan Maut yang Membabitkan Pelajar UPSI

Mufti Negeri Perlis Zahirkan Dukacita Terhadap Kes Kemalangan Maut yang Membabitkan Pelajar UPSI

Bukit Keteri, 10 Mei 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri telah menganjurkan Kuliah Maghrib Khas yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis.

Dalam kuliah tersebut, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis telah menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden kemalangan maut yang membabitkan seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Beliau turut menyentuh berkenaan tanggungjawab pihak berkuasa dalam memastikan langkah pencegahan yang berkesan diambil bagi mengelakkan kejadian seumpama itu daripada berulang.

Tegas beliau, pemerintah yang diberi kuasa untuk menguruskan hal ehwal rakyat perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan kebijaksanaan. Ini kerana soal nyawa adalah perkara yang amat besar, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemanduan yang boleh memberi kesan kepada keselamatan orang lain.

Dalam kuliah tersebut juga, beliau turut menitipkan pesanan berkenaan keberkatan harta serta kepentingan amal soleh dalam kehidupan seharian sebagai bekalan menuju akhirat.

Majlis pada malam tersebut turut diadakan kenduri korban bersempena sambutan Hari Raya Adha.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 730
Semalam 1079
Minggu Ini 3184
Bulan Ini 10044

Keseluruhan 3581612

   Masa Capaian : 1.27 saat    Kemaskini :  03/4/2026