• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Jika Air Yang Sedikit Seperti Satu Botol Mineral Masih Boleh Digunakan Untuk Berwudhu, Jika Bercampur Dengan Benda Suci Yang Lain?

 

wudhu12.jpg

 

 

 

Soalan:

Ustaz, jika air yang sedikit seperti satu botol mineral masih boleh digunakan untuk berwudhu, jika bercampur dengan benda suci yang lain?

Jawapan:

               Wujud perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Namun pandangan yang dilihat lebih kuat ialah, air yang berubah sama ada kerana berubah dengan sendirinya atau dengan sebab bercampur dengan benda suci, sama ada benda suci itu sukar untuk dielakkan atau tidak sukar, selagi air tersebut masih dapat dinamakan sebagai air dan benda suci yang bercampur dengannya tidak merubah warna, bau dan rasa asal air, maka air tersebut adalah air tahur yang kekal suci dan dapat mensucikan yang lain. Justeru ia masih boleh digunakan untuk berwudhu.

               Inilah pandangan Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad berdasarkan jawapan terbanyak beliau seperti yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa 21/25. Dalil bagi pandangan ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَد مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآئِطِ أَوۡ لَٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآء فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدا طَيِّبا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِكُمۡ وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُۚ

Maksudnya: “…dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, dan kamu tidak mendapati air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu…” (Al-Maidah: 6)

Firman Allah SWT dalam ayat ini yang bermaksud: “dan kamu tidak mendapati air”, di mana perkataan مَآء” iaitulah “air” diungkapkan secara nakirah dalam struktur ayat penafian. Ia menatijahkan umum merangkumi semua yang boleh dinamakan sebagai air, tanpa melihat sama ada percampuran itu dengan perkara  luar yang tidak dapat dielakkan atau dapat dielakkan.

Oleh itu selagi air tersebut dapat dinamakan sebagai air dan benda suci yang bercampur dengannya tidak dapat menghilangkan penamaan sebagai air semata-mata, maka air itu masih suci dan dapat digunakan untuk berwudhu dan menghilangkan najis.

Pada zaman ini, banyak bahan-bahan yang bersih yang mungkin mengubah bau, atau rasa atau warna air. Jika setakat air sebagai mencuci dinafikan kerana bahan tersebut, ia boleh menyebabkan pembaziran. Apatah lagi pandangan Abu Hanifah ini mempunyai asas yang kuat.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 160
Semalam 743
Minggu Ini 903
Bulan Ini 16288

Keseluruhan 3322346

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  17/10/2025