• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Melakukan Hpv-Self Swap Test Semasa Puasa

 

 

test1

 

Apakah hukum melakukan HPV-Self Swap Test semasa puasa?

Jawapan:

Melakukan HPV-Self Swap Test semasa puasa tidak membatalkan puasa kerana ia tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa.

Di bawah ini disertakan Fatwa Perlis bertajuk Hukum Ujian Swab Untuk Saringan COVID-19 Terhadap Orang Berpuasa” menyatakan:

Berdasarkan Garis Panduan Pengurusan COVID-19 yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kaedah saringan dalam menentukan individu positif COVID-19 ialah melalui Nasopharyngeal swab dan Oropharyngeal swab. Kaedah Nasopharyngeal swab ialah alat swab akan dimasukkan ke dalam rongga hidung individu sehingga ke kawasan nasopharynx dengan kedalaman lebih kurang 4.8 cm bagi kanak-kanak dan 8-12 cm bagi orang dewasa untuk mengambil sampel mukus. Manakala kaedah Oropharyngeal swab pula ialah alat swab dimasukkan ke dalam mulut hingga ke kawasan oropharynx iaitu di belakang anak tekak bagi mengambil sampel mukus.

Setelah melihat kepada dalil-dalil yang dikemukakan secara perbandingan, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan pendapat (memilih pendapat yang lebih kuat) yang menyatakan bahawa ujian saringan COVID-19 melalui swab seperti yang dimaksudkan adalah tidak membatalkan puasa.

Antara hujah dan alasan dalam masalah ini ialah :

  1. Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa dengan ijmak ulama. Maka sesuatu puasa yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal dengan sesuatu yang syak atau sekadar sesuatu andaian.
  2. Menjadikan alasan memasukkan sesuatu ke dalam al-Jauf(rongga dalam) sebagai sebab pembatalan puasa menimbulkan perbezaan pendapat yang luas di kalangan ulama mazhab. Pandangan yang ditarjihkan iaitu ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam al-Jauf mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain di luar badan.
  3. Sebagai tambahan sokongan, al-Majma’ al-Fiqhi al-Islamidi dalam majalah al-Majma’, 10 / 453-455 telah menyenaraikan beberapa isu perubatan yang tidak membatalkan puasa termasuklah “memasukkan gastroscope (teropong perut) ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya”.

Jika demikian, maka lebih sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat swab ke dalam rongga hidung atau mulut untuk mendapatkan sampel yang diperlukan kemudian dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 160
Semalam 743
Minggu Ini 903
Bulan Ini 16288

Keseluruhan 3322346

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  17/10/2025