• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Isu-isu Perubatan Moden Dan Puasa

 

 

 

titisan_hidun1.jpg

 

 

Hukum Ubat Titisan Hidung

Hidung merupakan saluran yang bersambung ke tekak, sebagaimana yang dibuktikan oleh sunnah, realiti, dan ilmu perubatan moden.

Dalam hadis Nabi ﷺ bersabda:

وبالغ بالاستنشاق إلا أن تكون صائماً

"Dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke hidung (ketika berwuduk), kecuali jika kamu sedang berpuasa." (Abu Daud 142-143, al-Nasa’ie 1/66, al-Tirmizi 38, Ibn Majah 484 dan Ibn Khuzaimah 150. Dinilai sahih oleh al-Tirmizi, Ibn Khuzaimah, Ibn al-Qattan dan Ibn Hajar. (Lihat Takhrij nota kaki (1), hal. 36, Muftirat al-Siyam al-Mu‘asir, Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil)

Hadis ini menunjukkan bahawa hidung merupakan saluran ke tekak dan seterusnya ke perut. Perubatan moden juga telah membuktikan perkara ini melalui kajian anatomi yang tiada lagi sebarang keraguan menunjukkan hubungan langsung antara hidung dan tekak.

Para ulama kontemporari berbeza pendapat mengenai hukum puasa jika menggunakan titisan hidung:

Pendapat Pertama: Tidak Membatalkan Puasa

Pendapat ini dinyatakan oleh Syaikh Haitham al-Khayyat dan Syaikh ‘Ajil Al-Nashmi.

Dalil-dalil Pandangan Pertama:

[1]          Jumlah yang masuk ke perut sangat sedikit. Satu sudu kecil boleh menampung 5 cm³ cecair. Setiap 1 cm³ mengandungi kira-kira 15 titisan. Satu titisan mewakili 1/75 bahagian dari satu sudu kecil. Dengan kata lain, saiz satu titisan adalah 0.06 cm³.

Sebahagian titisan juga diserap oleh lapisan dalam hidung. Titisan sedikit yang sampai ke tekak adalah lebih sedikit berbanding dari baki air yang tinggal di dalam mulut dari berkumur ketika berwuduk. Oleh itu diberi kemaafan titisan hidung secara qiyas dengan baki air yang tinggal di dalam mulut setelah berkumur untuk berwudhu.

[2]         Ubat titisan hidung selain ia sedikit, ia juga tidak memberi zat makanan, (sedangkan) sebab utama sesuatu perkara membatalkan puasa ialah apabila ia memberi tenaga dan nutrisi kepada tubuh. Oleh itu, ubat titisan hidung bukan termasuk dalam kategori makan dan minum, baik dari sudut bahasa mahupun kebiasaan masyarakat. Manakala Allah hanya mengaitkan batalnya puasa dengan perbuatan makan dan minum.

Pendapat Kedua: Ubat Titisan Hidung Membatalkan Puasa

Pendapat ini dinyatakan oleh al-Syaikh Abdul Aziz bin Baz, al-Syaikh Muhammad bin Uthaymin, al-Syaikh Muhammad Al-Mukhtar Al-Salami, dan Dr. Muhammad Al-Alfi.

Dalil-dalil Pandangan Kedua

Dalam hadis Laqiṭ bin Ṣabirah / Sabrah (لقيط بن صبرة), Rasulullah ﷺ bersabda:

بالغ بالاستنشاق إلا أن تكون صائماً

"Bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (ketika berwuduk), kecuali jika kamu sedang berpuasa."

Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang berpuasa tidak boleh memasukkan sesuatu ke dalam hidung yang boleh sampai ke perut. Oleh itu, penggunaan titisan hidung yang boleh sampai ke perut dianggap membatalkan puasa.

Pendapat Yang Lebih Kuat

Pendapat yang lebih rajih (kuat) menurut al-Ustaz Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil ialah ubat titisan hidung tidak membatalkan puasa, walaupun ada sedikit yang sampai ke perut. Ini berdasarkan:

[1]          Ubat titisan hidung bukanlah makanan atau minuman, dan tidak juga mengandungi makna makan dan minum. Sedangkan Allah hanya mengaitkan batalnya puasa dengan perbuatan makan dan minum.

[2]         Apa yang masuk ke perut dari ubat titisan hidung jauh lebih sedikit berbanding baki air di dalam mulut disebabkan berkumur ketika wuduk.

Oleh itu, ubat titisan hidung lebih utama dikatakan tidak membatalkan puasa.

(Lihat Muftirat al-Siyam al-Mu‘asir, oleh Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, hlm: 58 - 60)

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 53
Semalam 632
Minggu Ini 4466
Bulan Ini 21179

Keseluruhan 3304091

   Masa Capaian : 0.88 saat    Kemaskini :  26/9/2025