• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Wajib Mematuhi Peraturan Jalan Raya

 

 

 

jalan raya1

Apakah hukum mematuhi peraturan jalan raya, seperti lampu isyarat, had laju dan seumpamanya?

Jawapan:

Undang-undang lalu lintas dan isyarat-isyaratnya adalah wajib dipatuhi oleh masyarakat atas arahan pemerintah, Allah SWT berfirman dalam perkara ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ

“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di kalangan kamu” (Surah An-Nisa’: 59).

Kepatuhan ini berkaitan dengan kepentingan umum serta bertujuan menghindari kemudaratan khusus dan umum. Melainkan dalam keadaan darurat dan keperluan, seperti dalam situasi kecemasan, dengan syarat keselamatan terjamin ketika melakukannya. (Lihat al-Muqaddimah Fi Fiqh al-‘Asr oleh Dr. Fadhal bin Abdullah bin Murad)

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 65
Semalam 632
Minggu Ini 4478
Bulan Ini 21191

Keseluruhan 3304103

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  26/9/2025