KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 65 / 2023
16-17 OKTOBER 2023 / 1-2 RABIUL AKHIR 1445
Bil. 2/65 TAHUN 2023
IDDAH WANITA MURTABAH
Iddah wanita murtabah (wanita pada umur haid yang terhenti kitaran haid tanpa sebab yang diketahui) yang ditalakkan adalah selama satu (1) tahun. Kiraan itu bermula dari tempoh dia ditalakkan dalam keadaan dia telah putus haid. Jika haidnya terputus dalam tempoh iddah, maka kiraan setahun tersebut bermula dari tamat haidnya yang terakhir.
Jika dapat diketahui punca terputus haidnya, maka iddahnya seperti berikut:
- Jika kerana susuan maka iddahnya tamat selepas suci kali yang ketiga.
- Jika disahkan oleh pakar perubatan disebabkan kehamilan, maka iddahnya sehingga melahirkan anak.
- Jika perubatan mendapati beliau tidak akan haid lagi sebelum dia ditalakkan, maka iddahnya tamat setelah tiga (3) bulan qamari, bermula dari tarikh dia ditalakkan.
- Jika perubatan mendapati beliau tidak akan haid lagi selepas dia ditalakkan, maka iddahnya selama tiga (3) bulan qamari bermula dari tarikh beliau tidak akan lagi haid yang disahkan oleh pakar perubatan.
Wanita yang ditalakkan tidak boleh dengan sengaja memanipulasikan tempoh haidnya sama ada dengan mengambil ubat atau seumpamanya.
- Tamat –
Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.