• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

SIKAP UMAT ISLAM TERHADAP AL-MAHDI

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-66/2023

28-29 NOVEMBER 2023 / 14-15 JAMADIL AWAL 1445

                                 Bil. 2/66 TAHUN 2023                                

SIKAP UMAT ISLAM TERHADAP AL-MAHDI

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memandang serius isu dakwaan sebahagian pihak berkaitan al-Mahdi. Demikian juga ceramah atau syarahan agama yang secara langsung atau tidak menjadikan umat Islam ternanti-nanti kemunculan al-Mahdi untuk menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh umat di waktu ini. Bagi menghadapi fenomena itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan beberapa perkara berikut untuk panduan umat Islam.

  1. Kemunculan al-Mahdi disebut dalam riwayat yang diterima oleh kebanyakan ulama. Namun ia tidak termasuk dalam usul akidah.
  2. Sesiapa yang mengingkari kemunculan al-Mahdi sedangkan dia meyakini kesahihan hadis-hadis itu maka boleh membawa kepada kufur. Adapun jika dia mentakwilkan hadis-hadis itu dengan takwilan tertentu, maka dia tidak menjadi kafir selagi tidak mengingkari kebenaran Nabi Muhammad SAW secara jelas. Adapun jika dia tidak mengingkari Nabi Muhammad SAW tetapi tidak mempercayai kesahihan hadis-hadis tersebut dengan alasan-alasan ilmiah maka itu merupakan pendapat yang lemah tetapi tidak menjadi kafir.
  3. Kepercayaan tentang kedatangan al-Mahdi merupakan sesuatu yang belum berlaku, maka ia hendaklah berdasarkan apa yang ada dalam hadis-hadis yang sahih. Mengandaikan sesuatu yang belum berlaku atas nama agama tanpa dalil yang sahih boleh membawa kepada khurafat dan pendustaan kepada agama.
  4. Seorang muslim tidak diperintahkan untuk menanti-nanti dan mencari-cari al-Mahdi. Sebaliknya setiap muslim diperintah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim termasuk membela dan mempertahankan agama semasa hayatnya.
  5. Kemenangan Islam tidak semestinya berkait dengan kemunculan al-Mahdi. Tidak mustahil untuk umat Islam mencapai kemenangan dan menguasai dunia sekalipun sebelum kemunculan al-Mahdi.
  6. Membuat persiapan menunggu kedatangan al-Mahdi adalah perkara sia-sia yang tidak diperintahkan oleh agama. Sebaliknya setiap muslim diperintah untuk menyiapkan amalan solehnya sendiri.
  7. Perbuatan mendakwa diri sendiri dan orang tertentu sebagai al-Mahdi telah membawa kerosakan yang nyata dalam sejarah umat Islam. Maka perbuatan seperti ini jika tidak dapat dibuktikan dengan bukti yang benar lagi sahih hendaklah diambil tindakan oleh Ulil Amri.
  8. Hadis-hadis Nabi tidak meletakkan al-Mahdi di tahap pengagungan yang luar biasa, sebaliknya al-Mahdi disifatkan sebagai seorang lelaki yang soleh dan menegakkan Minhaj al-Nubuwwah.
  9. Pada zaman al-Mahdi tanda-tanda besar kiamat akan berlaku, iaitu muncul Dajjal dan Nabi Isa a.s. Maka sesiapa yang membuat dakwaan al-Mahdi sebelum perkara ini berlaku maka dia membuat dakwaan palsu.

Mana-mana individu yang membuat dakwaan yang salah tentang al-Mahdi boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

- TAMAT –

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Dr Kamilin bin Jamilin
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 8
Semalam 1188
Minggu Ini 3268
Bulan Ini 21164

Keseluruhan 3093457

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  09/12/2024