• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

KENYATAAN BERSAMA AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS TENTANG JIHAD DI PALESTIN

KENYATAAN BERSAMA AHLI JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS

TENTANG JIHAD DI PALESTIN

 

Perjuangan rakyat Palestin menentang Zionis Yahudi yang menceroboh dan memerangi umat Islam di watan mereka adalah satu jihad. Mereka berhak menerima kelebihan yang layak diterima para mujahidin seperti zakat, bantuan umat Islam, doa dan jenazah mereka diuruskan sebagai syuhada’. Menjadi kewajipan umat Islam membantu mereka dengan sedaya yang mampu sebagai tanggungjawab sesama muslim.

Persetujuan oleh:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  4. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  7. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  8. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  10. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
  12. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  14. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Tarikh   : 17 Oktober 2023

- Tamat -

 

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 30
Semalam 1188
Minggu Ini 3290
Bulan Ini 21186

Keseluruhan 3093479

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  09/12/2024