• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Berkaitan Maksud Golongan Penerima Zakat Di Bawah Kategori Fi Sabilillah

Fatwa Berkaitan Maksud Golongan Penerima Zakat Di Bawah Kategori Fi Sabilillah

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-66/2023

28-29 NOVEMBER 2023 / 14-15 JAMADIL AWAL 1445

                                                                                                 Bil.1/66 Tahun 2023

                                            

FATWA BERKAITAN MAKSUD GOLONGAN PENERIMA ZAKAT DI BAWAH KATEGORI FI SABILILLAH

Fi Sabilillah asalnya bermaksud mereka yang berperang di medan jihad untuk mempertahankan Islam dan meninggikan kalimah Allah. Namun, sebahagian ulama telah meluaskan maksud fi sabilillah kepada segala usaha untuk menyebarkan dakwah atau menegakkan syariah Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Maka segala aktiviti sama ada ucapan mahupun tindakan yang membawa maksud tersebut adalah termasuk dalam kategori ini. Justeru, bahagian ini tidak boleh diberikan kepada mana-mana aktiviti yang tidak membawa maksud yang dinyatakan di atas.

- Tamat -

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Dr Kamilin bin Jamilin
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 9
Semalam 1188
Minggu Ini 3269
Bulan Ini 21165

Keseluruhan 3093458

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  09/12/2024