• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Perkahwinan Pasangan Autisme

Fatwa Perkahwinan Pasangan Autisme

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 65 / 2023

16-17 OKTOBER 2023 / 1-2 RABIUL AKHIR 1445

                                Bil.1/65 TAHUN 2023                                

 

FATWA PERKAHWINAN PASANGAN AUTISME

Autisme adalah satu bentuk gangguan mental yang mula muncul pada peringkat kanak-kanak yang menyebabkan seseorang berkelakuan tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat.

Di sudut ilmu perubatan penghidap autisme mempunyai tahap yang berbeza-beza seperti berikut:

Tahap satu  : memerlukan sokongan (requiring support)

Tahap dua   : memerlukan sokongan ketara (requiring substantial support)

Tahap tiga   : memerlukan sokongan sangat ketara (requiring very substantial support )

Penghidap autisme juga mempunyai dorongan seksual dan keinginan untuk berkahwin seperti insan lain yang normal.

Perkahwinan seseorang dengan penghidap autisme dibolehkan dengan syarat individu tersebut bersetuju dan mengetahui keadaan sebenar tahap autisme bakal suami atau isteri serta kesan daripada perkahwinan tersebut. Jika seseorang tidak diberitahu hakikat sebenar pasangan yang menghidap autisme maka dia boleh mentalakkannya atau membuat permohonan fasakh. Dia juga boleh meninggalkan pasangan atau rumahnya jika merasakan dirinya terancam.

Penghidap autisme boleh dikahwinkan dengan syarat pengidap tersebut memahami apa itu nikah dan setuju atau pihak wali bersetuju sekali pun penghidap berkenaan tidak memahami. Ini dengan syarat perkahwinan tersebut tidak akan memberikan mudharat atau penyeksaan kepada penghidap.

Pengesahan bahawa perkahwinan itu tidak mendatangkan kemudharatan kepada penghidap hendaklah diperolehi dari pihak pakar bertauliah dalam bidang berkaitan autisme.

Jika mudharat itu muncul kemudian setelah berlaku perkahwinan maka urusan pemisahan perkahwinan ditentukan oleh pihak mahkamah.

Pihak autoriti agama hendaklah memastikan bahawa syarat-syarat yang disebut di dalam fatwa ini dipatuhi.

- TAMAT -

 

 Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 62
Semalam 1090
Minggu Ini 1152
Bulan Ini 19048

Keseluruhan 3091341

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024