KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 63 / 2023
23-24 JULAI 2023 / 5-6 MUHARRAM 1445
Bil 1/63 Tahun 2023
GARIS PANDUAN JAMPIAN
- Hendaklah bebas dari sebarang perkara yang boleh merosak akidah seperti perkataan dan perbuatan yang berunsur syirik dan kufur.
- Berjampi dengan ayat al-Quran, atau nama dan sifat Allah SWT, atau berjampi dengan doa yang diajar di dalam sunnah atau dengan apa-apa bacaan dan perbuatan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
- Berkeyakinan jampian tidak dapat memberi kesan dengan sendirinya. Kesembuhan sebenarnya dari Allah SWT.
- Jika jampian itu dari ayat al-Quran yang ditulis di atas lembaran untuk diminum atau disiram, maka hendaklah ditulis dengan menggunakan bahan dan lembaran yang bersih sebagai menjaga kemuliaan ayat al-Quran.
- Penjampi yang berlainan jantina tidak boleh berdua-duaan tanpa kehadiran mahram yang baligh atau pihak lain yang boleh mengelakkan fitnah.
- Jika penjampi meletakkan tangan ke atas tubuh atau anggota pesakit hendaklah tidak berlaku perkara yang dilarang oleh syarak seperti berlaku sentuhan antara yang bukan mahram atau pendedahan aurat melainkan dalam keadaan darurat.
- Jika jampian itu membabitkan ayat-ayat al-Quran atau bacaan yang ma’thur, hendaklah dipastikan sebutannya diungkapkan dengan betul.
- Penjampi bukan dari kalangan mereka yang menzahirkan perbuatan atau ciri-ciri yang bercanggah dengan syarak, seperti memakai salib,menggantung tangkal-tangkal yang dilarang atau zahir dari dirinya unsur-unsur syirik.
- Tidak menggunakan bahan-bahan yang diharamkan di sisi syarak seperti najis, arak, barang curian, atau lambang syirik dan kufur.
- Seorang penjampi tidak terlibat dengan hal-hal berikut:
- Tidak mengenakan bayaran yang bersifat gharar (tidak jelas dan tidak pasti) yang boleh menyebabkan salah satu pihak merasai dirinya tertipu.
- Membuat tuduhan kepada pihak lain tanpa bukti yang diterima di sisi syarak kerana percaya kepada pengkhabaran jin dan syaitan.
- Melaga-lagakan sesama manusia dengan andaian-andaian yang tidak dapat dibuktikan.
- Mendedahkan aib pesakit kepada pihak lain melainkan jika ada keperluan seperti untuk urusan mahkamah atau seumpamanya.
Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
1. YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
4. Sahibul Fadhilah ProfesorDr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2023 pada 2 Oktober 2023.