KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 59 / 2022
14 - 15 SEPTEMBER 2022 / 17 - 18 SAFAR 1444H
Bil. 4/59 TAHUN 2022
FATWA TENTANG WAKAF TUNAI
Setelah meneliti penghujahan dari berbagai peringkat sama ada rujukan klasik atau fatwa kontemporari, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut :
- Wakaf Tunai iaitu menjadikan wang tunai sebagai mauquf atau harta yang diwakafkan boleh dilakukan. Ini dalam bentuk mewakafkan sejumlah wang untuk dimanfaatkan dengan cara dilaburkan atau dipinjamkan yang mana nilai asal (yang diwakafkan) masih dilindungi.
- Wakaf Tunai juga boleh dilakukan dalam bentuk menukarkan tunai kepada aset fizikal seperti bangunan, mesin, kenderaan atau barang dagangan untuk menghasilkan manfaat yang akan diberikan kepada penerima wakaf.
- Wakaf Tunai sementara juga boleh dilakukan, di mana tempoh nilai wakaf tunai yang diwakafkan itu ditetapkan atau dihadkan dalam satu masa tertentu seperti mewakafkan sejumlah wang untuk digunakan bagi tujuan pelaburan bagi sesuatu tempoh dan mengambilnya kembali apabila tamat tempoh tersebut. Sementara hasilnya diberikan kepada penerima manfaat wakaf.
- Tamat -
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
- YBhg. S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
- Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
- Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin bin Jamilin
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
- Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2022 pada 22 September 2022.