• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Tentang Penglibatan Kontraktor Atau Pekerja Muslim Dalam Pembinaan Rumah Bakar Mayat Bukan Islam

rumah_bakar_mayat_baru.jpg

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022

7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H

Bil.2/57 Tahun 2022

                                                                                                                               

FATWA TENTANG PENGLIBATAN KONTRAKTOR ATAU PEKERJA MUSLIM DALAM PEMBINAAN RUMAH BAKAR MAYAT BUKAN ISLAM

 

  1. Seorang muslim haram mengiktiraf kekufuran dan kemungkaran. Justeru seorang muslim tidak boleh terlibat secara langsung dalam mengukuhkan perkara-perkara kufur dan mungkar.
  1. Namun dalam keadaan tertentu, seorang muslim boleh terlibat dalam pengurusan hal-hal yang membabitkan kekufuran dan kemungkaran jika terdapat keperluan dengan syarat-syarat tertentu :

a. Jika melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pemerintah bagi tujuan keselamatan dan pelaksaan  peraturan seperti pihak keselamatan yang menjaga perayaan agama bukan Islam, jurubina, tugas penyelian projek rumah ibadat, petugas kesihatan dan seumpamanya.

b. Tidak terlibat secara langsung dalam sebarang upacara keagamaan atau penyerupaan kepada perbuatan kuffar. Ini seperti memuliakan syiar agama lain atau melakukan ritual agama lain.

c. Tidak menimbulkan tohmahan dan sangkaan buruk terhadap akidah individu yang terlibat. 

  1. Adapun menguruskan hal ehwal orang bukan Islam yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan bukan syiar agama mereka seperti menguruskan jenazah mereka (mengkafan atau mengebumikan) dan menyediakan kenderaan ke perkuburan jika ada keperluan, mengubati pendeta dan paderi, memadamkan kebakaran rumah ibadat adalah dibenarkan.
  1. Seorang muslim tidak boleh terlibat dengan sebarang perniagaan yang secara langsung bertentangan dengan syariat atau membesarkan syiar agama yang bertentangan dengan Islam seperti membina dan menyediakan peralatan ibadat.
  1. Muslim mengiktiraf hak penganut agama lain untuk wujud dan mengamalkan agama mereka dengan mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah.

 

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 1090
Minggu Ini 1156
Bulan Ini 19052

Keseluruhan 3091345

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024