• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kadar Taksiran Zakat Hartanah

 

zakat hartanah 2

 

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 57 / 2022

7 APRIL 2022 / 5 RAMADAN 1443H

BIL. 1/57 TAHUN 2022

 

KADAR TAKSIRAN ZAKAT HARTANAH

1. Hartanah adalah aset tidak alih yang merangkumi tanah, termasuk apa-apa sahaja yang berada di atasnya seperti bangunan.

2. Secara asasnya, zakat tidak dikenakan ke atas hartanah sekiranya;

a. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية).

b. Dimiliki untuk disimpan atau didiami (al-qinyah/القنية), namun jika boleh mendapat keuntungan yang  sesuai atau kerana faktor-faktor tertentu, pemilik akan menjualnya.

c. Digunakan untuk manfaat awam seperti kegunaan jalan raya atau wakaf.

3. Jika aset hartanah dimiliki untuk mendapatkan hasil seperti sewaan dan pertanian, maka ia tertakluk kepada zakat al-mustaghallat (المستغلات) dan zakat pertanian.

4. Aset hartanah dikenakan zakat sekiranya ia dimiliki untuk tujuan perniagaan sebagai barang dagangan. Haul zakat tersebut bermula dari masa pemilikan hartanah yang diniatkan untuk tujuan dagangan. Kadar zakat perniagaan hartanah adalah sebanyak 2.5% sekiranya mencapai nisab dan haul.

5. Umumnya, terdapat perbezaan formula taksiran zakat terhadap golongan pemaju yang memiliki syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (al-mudir), dengan pemaju kecil serta pemilik persendirian yang tidak mempunyai syarikat formal (al-mutarabbis/المتربص).

6. Formula taksiran zakat bagi syarikat formal yang berstatus Sdn. Bhd. atau Berhad (merangkumi property broker company, developer company & contractor company) adalah seperti berikut :

A. Aset Semasa (tahun taksiran) yang dikenakan zakat perniagaan hartanah

B. Liabiliti Semasa (tahun taksiran) yang dibenarkan (Liabiliti Operasi)

1.    inventori hartanah yang tersedia untuk dijual (Inventories held for sale)

i.      Bangunan yang siap (termasuk kos tanah)

ii.     Rumah yang siap (termasuk kos tanah)

iii.    Lot tanah untuk dijual

1.    Pemiutang perniagaan semasa

i.        Peruntukan (Provisions)

ii.       Pemiutang di bawah kontrak (Contract liabilities)

iii.     Pinjaman/pembiayaan semasa (Borrowings)

iv.     Tanggungan sewaan semasa (Lease liabilities)

v.       Cukai semasa perlu dibayar (Tax payable)

2.    Penghutang perniagaan (selepas ditolak hutang ragu)

2.    Pendapatan / hasil tidak patuh syariah   seperti faedah bank

3.    Sekuriti Pelaburan Jangka Pendek

4.    Deposit tetap / akaun pelaburan di bank

5.    Wang tunai syarikat di bank & di tangan

Jumlah aset semasa yang dikenakan zakat = RM

Jumlah liabiliti semasa yang dibenarkan = RM

C.  Nilai yang dikenakan zakat (A - B)  = RM

D.  Kadar Zakat: 2.5%

E.  % Pemilikan Muslim

F.  Jumlah Zakat = RM

 
 

 

7. Aset yang berkhidmat (al-isti’mal) untuk perniagaan seperti bangunan syarikat, kereta syarikat, peralatan (equipment) dan lain-lain adalah tidak termasuk aset syarikat yang dikenakan zakat.

8. Formula taksiran zakat bagi pemaju kecil yang tidak mempunyai syarikat formal (al-Mutarabbis/المتربص) adalah seperti berikut :

A. Aset semasa (tahun taksiran) yang dikenakan zakat perniagaan hartanah

B. Liabiliti Semasa (tahun taksiran) yang dibenarkan

Hasil jualan hartanah (Cukup nisab)

Kos-kos perniagaan :

i.      Kos jualan hartanah

ii.    Kos sewa

iii.   Kos pekerja

iv.   Kos guaman

v.    Kos lesen

vi.   Cukai tahunan

vii.  Lain-lain

Jumlah hasil jualan = RM

Jumlah belanja operasi perniagaan = RM

C.  Nilai yang dikenakan zakat (A - B) = RM

D.  Kadar Zakat: 2.5%

F.  Jumlah Zakat = RM

 

 

-Tamat -

 

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

 

  1. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
  12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

Diperakukan dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 3 / 2022 pada 2 Jun 2022.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 1.41 saat    Kemaskini :  26/9/2025