KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 56 / 2022
11 - 12 MAC 2022 / 8 - 9 SYAABAN 1443H
Bil. 1/56 TAHUN 2022
HUKUM BERJUAL BELI DI DALAM MASJID
Masjid adalah bangunan yang diwakafkan atau dikhaskan secara kekal untuk masyarakat Islam mendirikan solat jemaah lima waktu dan lain-lain ibadah. Mana-mana bangunan yang dibina sekalipun berdekatan atau bersambung dengan masjid atau di dalam kawasan pagar masjid tetapi tidak dikhaskan atau diwakafkan untuk tujuan berjemaah lima waktu dan ibadah tidak dikira sebagai masjid. Hukum berjual beli dalam masjid adalah seperti berikut;
1. Sengaja menjadikan atau menggunakan masjid sebagai tempat jual beli sekalipun dalam kuantiti yang sedikit adalah diharamkan berdasarkan ittifaq (kesepakatan) ulama.
2. Transaksi perniagaan atau kempen jualan di dalam masjid yang berlaku tanpa berniat menjadikan masjid sebagai tempat perniagaan, maka para ulama berbeza pandangan mengenainya. Kesimpulannya adalah seperti berikut:
a) Jika mengganggu suasana ibadah di dalam masjid, sama ada dengan suara yang hiruk-pikuk atau keadaan barangan yang dibawa adalah haram.
b) Jika berlaku secara kebetulan tanpa bermaksud menjadikan masjid sebagai tempat berjual beli dan tidak mengganggu suasana ibadah adalah makruh.
c) Jika berlaku transaksi atas talian tanpa menzahirkan apa-apa suasana jual-beli di dalam masjid adalah makruh.
-TAMAT-
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
- S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim – Timbalan Mufti Perlis
- Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman Bin Mat Sin
- Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2022 pada 24 Mac 2022.