KEPUTUSAN FATWA
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021
8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443
Bil. 6/54 TAHUN 2021
HUKUM MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT LEBIH DARIPADA SATU SESI DI TEMPAT YANG SAMA
Solat Jumaat ditunaikan di sesuatu tempat yang diiktiraf oleh Ulil al-Amri hanyalah sekali sahaja bagi setiap Jumaat. Namun begitu ia boleh ditunaikan lebih daripada satu sesi di satu tempat yang sama oleh jemaah yang berbeza atas keizinan Ulul al-Amri berdasarkan kemaslahatan yang diterima di sisi syarak.
-TAMAT-
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle
6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021.