• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Talak Disebabkan Isteri Melakukan Hal Yang Tidak Disukai Oleh Suami

 
WhatsApp Image 2021 10 11 at 16.10.23
 
KEPUTUSAN FATWA
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 54 / 2021
8 - 9 SEPTEMBER 2021 / 1 - 2 SAFAR 1443
Bil. 4/54 TAHUN 2021
 
 
HUKUM TALAK DISEBABKAN ISTERI MELAKUKAN HAL YANG TIDAK DISUKAI OLEH SUAMI
 
1. Jika suami mentalakkan isteri secara ta’liq dengan niat untuk menjatuhkan talak dan hal itu berlaku, maka jatuh talaknya menurut urutan bilangan talak yang pernah dia jatuhkan.
 
2. Jika suami mentalakkan isteri secara ta’liq tanpa niat untuk menjatuhkan talak tetapi sekadar untuk mengugut atau menunjukkan rasa kebencian terhadap perkara yang dita’liqkannya itu, maka talak tersebut tidak jatuh. Ini kerana amalan berdasarkan kepada niat. 
 
3. Para ulama yang memegang pendapat ini menganggap ia sebahagian daripada sumpah yang mana hendaklah pelakunya menunaikan kafarah sumpah dengan cara memberi makan atau memberi pakaian 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba. Jika dia tidak mampu hendaklah berpuasa selama 3 hari. Ini berasaskan ayat 2 surah al-Tahrim.
 
4. Jika suami telah mentalakkan isteri dengan mengaitkan perkara yang lepas dan hal itu dia ketahui telah berlaku maka talak dikira jatuh serta-merta. Ini kerana ta’liq terhadap perkara yang telah berlaku tidak dapat difahami melainkan berniat menjatuhkan talak bukan untuk mengugut atau menunjukkan rasa benci. 
 
5. Jika suami mentalakkan isteri dengan mengaitkan sesuatu yang disangkakan belum berlaku, namun ternyata perkara itu telah berlaku, maka talak tidak jatuh jika maksud suami bukan berniat talak sebaliknya untuk mengugut atau menakutkan isteri dari melakukan perkara tersebut kerana asas ucapan seseorang dikira berdasarkan zahirnya. Maka ugutan tidak akan berlaku pada zahirnya melainkan bertujuan kepada perkara yang akan datang.
 
6. Talak adalah satu peruntukan yang diberikan oleh syarak di atas tujuan kemaslahatan hidup antara pasangan suami isteri. Tidak boleh seseorang muslim mempermainkan peruntukan yang diberikan oleh syara’ dengan tujuan untuk kemaslahatan dalam hubungan kekeluargaan.
 
-TAMAT-
 
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
 
1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr.Basri bin Ibrahim
5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr.Muhamad Rozaimi bin Ramle
6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani – Setiausaha
 
 
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4 / 2021 pada 14 September 2021.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 452
Semalam 1090
Minggu Ini 1542
Bulan Ini 19438

Keseluruhan 3091731

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024