KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 53 / 2021
23 - 24 JUN 2021 / 12 - 13 ZULKAEDAH 1442
Bil. 3/53 TAHUN 2021
FATWA BERKAITAN GURAUAN
1. Hukum gurauan secara umum pada asalnya adalah dibenarkan.
2. Bentuk-bentuk gurauan pada masa kini ialah prank, karikatur, parodi, satira, komedi dan seumpamanya. Ia tertakluk kepada hukum asal iaitulah dibenarkan melainkan jika terdapat perkara yang mencanggahi syariat.
3. Jika ia bertujuan membawa kepada kebaikan dan dilakukan dengan cara yang baik seperti untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab, pendidikan yang berkesan atau segala maksud yang baik, maka ia boleh mendatangkan pahala.
4. Namun ia menjadi haram jika mengandungi unsur-unsur berikut:
i. Mempermain-mainkan agama Islam sama ada dari sudut kepercayaan, syiar atau amalan.
ii. Memperlekeh dan merendahkan orang lain dalam perkara dan bentuk yang tidak wajar.
iii. Mereka-reka sesuatu yang tidak wujud yang membawa keburukan.
iv. Mendatangkan mudarat kepada pihak lain sama ada dari segi fizikal, emosi, maruah, harta atau ketenteraman individu atau masyarakat.
v. Perlakuan maksiat, dosa dan kemungkaran.
vi. Bahasa dan perlakuan yang tidak wajar menurut uruf
- Dinasihatkan juga kepada masyarakat untuk mementingkan sifat kesederhanaan, keseimbangan dan kesesuaian sebagaimana yang dianjurkan di dalam agama termasuk dalam permasalahan gurauan
-TAMAT-
Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :
1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
2. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
4. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
6. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
8. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
9. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
10. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
11. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
12. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 4/2021 pada 14 September 2021.