• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kadar Nisab Zakat Emas Berdasarkan Tahap Ketulenan

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 52 / 2021

19 - 20 MAC 2021 / 6 - 7 SYA’BAN 1442

                          Bil. 4/52      TAHUN 2021                                

 

KADAR NISAB ZAKAT EMAS BERDASARKAN TAHAP KETULENAN

Nisab emas tulen (khalis) ialah 20 mithqal (20 dinar) yang bersamaan 85g. Ini bagi emas berketulenan 995, 999, 24k dan ke atas. Adapun nisab bagi emas yang bercampur (maghsyusy) hendaklah berdasarkan kandungan kadar emas sebenar.

Jadual berikut boleh dirujuk :

EMAS

NISAB

24k / 995 / 999 / 足金

85g

965 / 泰国

88.08g

23k / 950

89.47g

22k / 916

92.79g

21k / 875 / ۸۷۵

97.14g

20k / 835 / 盾金

101.79

Paun / 钱金

107.59g

18k / K18 / 750

113.33g

14k / 585

145.30g

9k / 375

226.66g

-TAMAT-          

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1.  YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Prof Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2021 pada 22 Mac 2021.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 1090
Minggu Ini 1156
Bulan Ini 19052

Keseluruhan 3091345

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  09/12/2024