• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Garis Panduan Pengurusan Masjid Dan Surau Seluruh Negeri Perlis (Pindaan Tahun 2020)

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 50 / 2020

14 Disember 2020 / 28 Rabiul Akhir 1442

Hotel Savana, Kuala Perlis

                               Bil. 6/50    TAHUN 2020                                

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU SELURUH NEGERI PERLIS

(PINDAAN TAHUN 2020)

GARIS PANDUAN INI DISEDIAKAN SEBAGAI SATU PANDUAN BAGI PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN MASJID SERTA KARIAH MASJID SEPANJANG MASA DI NEGERI PERLIS (TAMBAHAN)

 

  1. GARIS PANDUAN KEPADA IMAM
  • Secara umumnya Imam tidak boleh mengadakan apa-apa perbuatan dalam solat yang tidak mempunya dalil yang jelas daripada al-Quran dan al-Sunnah
  • Tidak mengkhususkan bacaan Qunut pada masa tertentu seperti qunut subuh kecuali qunut nazilah dan witir
  • Tidak mengadakan wirid secara jamai’e pada masa tertentu seperti selepas solat fardhu kecuali untuk tujuan mengajar dalam waktu yang terbatas
  • Tidak mengadakan bacaan khusus pada waktu yang khusus tanpa dalil dari al-Quran dan al-Sunnah seperti membaca Yasin secara beramai-ramai pada malam jumaat
  • Tidak mengadakan upacara tahlil kematian
  • Tidak mengadakan apa-apa upacara yang berkaitan dengan jenazah melainkan berpandukan panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mentarjihkan bacaan Bismillah adalah secara Sir bagi solat yang dibaca Jahr

 

  1. GARIS PANDUAN KEPADA KHATIB
  • Hendaklah menyampaikan khutbah Jumaat, Aidilfitri, Aidiladha dan lainnya dengan khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
  • Mengekalkan teks asal khutbah. Sekiranya berlaku kesilapan, pembetulan hanya dilakukan pada kesilapan sahaja.

 

  1. GARIS PANDUAN KEPADA MUAZZIN
  • Melaungkan azan sebaik sahaja masuk waktu solat pada setiap waktu
  • Melaungkan azan dua kali untuk solat subuh, iaitu 30 minit sebelum masuk waktu dan sebaik masuk waktu
  • Tidak membaca dan memperdengarkan sebarang bacaan lain dengan kuat sebelum dan selepas azan
  • Melakukan iqamah setelah imam bersedia untuk menunaikan solat.

 

  1. PENGUMUMAN DAN IKLAN DI DALAM MASJID
  • Pengumuman dan iklan yang mengzahirkan kepentingan peribadi seperti mencari barang hilang adalah DILARANG
  • Pengumuman dan iklan yang berkaitan perniagaan seperti pakej haji dan umrah, pakej aqiqah adalah DILARANG
  • Pengumuman dan iklan berkaitan perkara ketaatan yang disyariatkan seperti pengumuman solat Hari Raya, Solat jenazah, majlis berbuka puasa dan lain-lain yang berunsurkan keagamaan dan kebajikan umum adalah DIBENARKAN.

 

  1. PENGUMUMAN IKLAN DI PAGAR MASJID
  • Pengumuman dan iklan berunsurkan program-program keagamaan yang disyariatkan seperti pengumuman Qiyam Ramadhan berjemaah, pengumuman majlis berbuka puasa, kelas kursus haji dan umrah adalah DIBENARKAN.
  • Sebarang pengumuman dan iklan bergambar yang tidak bersesuaian adalah DILARANG
  • Pengumuman dan iklan yang dibuat hendaklah tidak menimbulkan perpecahan di antara umat Islam serta mengelirukan sesetengah pihak.
  • Pengumuman dan iklan program yang tidak mendapat kelulusan MAIPs atau Jabatan Mufti Perlis atau Jabatan Agama Islam Perlis adalah TIDAK DIBENARKAN.

 

  1. GARIS PANDUAN JUMAAT
  • Tidak diedarkan tabung kutipan derma ketika khatib berkhutbah.

 

  1. GARIS PANDUAN JEMAAH MASJID (Tambahan)
  • Jemaah masjid atau surau adalah mereka yang hadir atau berada di sesuatu kawasan masjid atau surau. (Tambahan)
  • Anak jemaah tidak boleh mengadakan amalan di kawasan masjid atau surau yang bertentangan dengan amalan yang telah ditetapkan kepada imam, khatib dan muazzin. (Tambahan)
  • Anak Jemaah tidak boleh mengadakan apa-apa amalan atau aktiviti yang boleh membawa kepada perpecahan atau menyanggah arahan pihak berkuasa agama. (Tambahan)
  • Anak Jemaah tidak boleh mengadakan apa-apa wirid atau bacaan yang mengganggu Jemaah lain. (Tambahan)

 

  1. PEMAKAIAN GARIS PANDUAN (Tambahan)
  • Garis Panduan ini terpakai di semua masjid dan surau di Negeri Perlis (Tambahan)
  • Garis Panduan ini terpakai kepada semua Umat Islam yang bermastautin di negeri Perlis sama ada yang bertindak sebagai imam ataupun makmum (Tambahan)
  • Pengurusan masjid adalah terikat dengan arahan dan kawalan Majlis dari semasa ke semasa berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006. (Tambahan)

 

-TAMAT-

Persetujuan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis :

  1. YBhg. S.S Prof Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin - Mufti Negeri Perlis
  2. Sahibul Fadhilah Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd. Radzi bin Haji Othman
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari Bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin Bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Prof. Madya Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram Bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Kamilin Jamilin @ Ahmad Kamil Jamilin
  10. Sahibul Fadhilah Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar Bin Syed Kamal Bharin
  13. Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani - Setiausaha

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2021 pada 26 Januari 2021

 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 399
Semalam 1090
Minggu Ini 1489
Bulan Ini 19385

Keseluruhan 3091678

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024