• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Berkaitan Penulisan Yang Merosakkan Akidah



KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 45 / 2020

25-26 Februari 2020 / 01-02 Rejab 1441

Hotel Seri Malaysia, Kangar

      Bil 2/45 Tahun 2020       

                

FATWA BERKAITAN PENULISAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Setelah meneliti tulisan-tulisan dalam akaun Facebook bernama Asiah Abd Jalil, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mendapati sebahagian kenyataannya mengandungi kesalahan yang jelas bercanggah dengan akidah. Ini kerana ia mengandungi perkara berikut :

1. Menghina, merendah-rendah dan mempersendakan Nabi Muhammad SAW. Ini seperti kenyataan beliau yang member maksud Nabi Muhammad SAW bukanlah contoh yang terbaik untuk diteladani dalam berumah tangga. Contohnya beliau menyebut :

i. “Saya cakap terang-terang kat encik suami, dalam bab rumah tangga, jangan jadikan Nabi sebagai contoh. Saya tidak kepingin karekter suami sebegitu. Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan saya tidak suka”.

ii. “Selepas kematian Khadijah, Nabi menikahi Saudah yang sudah tua, untuk menjaga anak-anak Nabi yang masih kecil. Beberapa tahun kemudian, Nabi bernikah dengan Aisyah yang masih anak dara, muda dan jauh lebih cantik. Pada waktu ini anak-anak Nabi sudah besar. Maka merasa sudah tidak berkehendak lagi kepada Saudah. Ketika Nabi ingin menceraikan Saudah, Saudah merasa sangat sedih. Lalu Saudah membuat perjanjian dengan Nabi, untuk melepaskan segala haknya sebagai isteri, termasuk nafkah batin, asalkan tidak diceraikan”.

2. Menyanggahi nas dan ijmak yang jelas (sorih) bahawa syurga hanya untuk orang-orang yang mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya.

Contohnya beliau menyebut:

“Ajaran pak lebai yang paling tak masuk akal ialah bahawa syurga hanya untuk orang Islam sahaja. Jika benarlah fahaman ini, maka ia sangat bercanggah dengan sifat Rahman dan Rahim Allah SWT”.

Jika penulis tersebut menulis kenyataan-kenyataan di atas dalam keadaan waras, sedar, mengetahui kesalahan hal tersebut dari segi akidah dan enggan bertaubat setelah diberikan peringatan maka hal itu boleh merosakkan akidahnya.

Maka tidak boleh kepada mana-mana muslim menyokong sebarang kenyataan yang merosakkan akidah dengan memberikan keterlibatan positif sama ada memberkan ulasan yang menyokong, meletakkan tanda suka (like) atau berkongsi (share) dalam keadaan reda terhadap tulisannya kerana itu boleh merosakkan akidahnya.

Adapun hukuman terhadap kesalahan akidah adalah menjadi tanggungjawab Ulil Amri bukan orang awam.

 

-TAMAT-

Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2/2020 pada 30 Jun 2020.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 387
Semalam 1090
Minggu Ini 1477
Bulan Ini 19373

Keseluruhan 3091666

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024