
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-34/2018
6 Januari 2018
18 Rabiul Akhir 1439H
Bil. 1/34 Tahun 2018
1. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju bahawa tidak wajib menggandakan fidyah meskipun melibatkan langkauan tahun.
2. Kadar semasa fidyah meninggalkan puasa di negeri Perlis yang dipersetujui adalah sebanyak RM 5.00 bagi satu hari puasa. Kadar tersebut berasaskan kepada satu hidangan makanan.
3. Fidyah juga boleh ditunaikan dalam bentuk mengadakan jamuan kepada fakir miskin atau memberikan kepada mereka makanan keperluan secara terus dengan nilai yang dinyatakan.
4. Sesiapa yang secara sukarela hendak membayar melebihi kadar fidyah yang diwajibkan maka ia suatu amalan yang baik.
Diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil. 1/2018 pada 13 Januari 2018.







