Gesaan Ejaan Jawi Diselaraskan Dengan Sebutan Arab

Gesaan Ejaan Jawi Diselaraskan Dengan Sebutan Arab
GESAAN EJAAN JAWI DISELARASKAN DENGAN SEBUTAN ARAB 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada 1 Disember 2025 telah sebulat suara mengeluarkan kenyataan berikut:
 

Adalah menjadi tradisi Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang menjadikan tulisan jawi sebagai penulisan bagi minit mesyuarat sejak dari awal. Berikutan perubahan tulisan jawi yang diperkenalkan mutakhir ini, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mencadangkan supaya tulisan Jawi dikembalikan kepada asas bahasa Arab terutama bagi perkataan yang memiliki unsur agama. Jawatankuasa berpendapat ejaan jawi yang tidak selaras dengan bahasa Arab akan mengelirukan sebutan yang betul terhadap istilah-istilah agama dan tidak membantu menguatkan hubungan antara jawi dan pengajian agama Islam yang selama ini menjadi tonggak galakan untuk dipelajari tulisan jawi.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 571
Semalam 1073
Minggu Ini 1644
Bulan Ini 35741

Keseluruhan 3415726

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  29/12/2025