KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-77/2025
1-2 DISEMBER 2025 / 10-11 JAMADIL AKHIR 1447
Bil. 2/77 TAHUN 2025
FATWA ANAK LELAKI KANDUNG SEBAGAI WALI PERNIKAHAN IBUNYA
Jawatankuasa Fatwa Perlis bersetuju memilih pendapat jumhur ulama (majoriti ulama) bahawa anak lelaki kandung yang baligh dan berakal boleh menjadi wali pernikahan kepada ibunya.
Kedudukan anak lelaki kandung dalam tertib wali adalah selepas bapa wanita tersebut. Jika berlaku kesukaran atau halangan atau apa-apa yang melewatkan perkahwinan disebabkan mengguna wali bapa, maka anak lelaki kandung boleh menjadi wali pernikahan kepada ibunya.
Kelayakan seorang anak untuk mewalikan pernikahan ibunya hendaklah dinilai oleh pihak ulil amri.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2025 pada 4 Disember 2025.







