KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-77/2025
1-2 DISEMBER 2025 / 10-11 JAMADIL AKHIR 1447
Bil. 1/77 TAHUN 2025
BAYARAN ZAKAT OLEH INSTITUSI KEWANGAN BAGI PIHAK PENDEPOSIT
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju untuk pihak Bank Islam Malaysia Berhad mengeluarkan zakat bagi pihak pendeposit setelah mendapat persetujuan mereka.
Bagi urusan pengeluaran zakat tersebut, kiraan haul untuk pendeposit bermula apabila cukup nisab setelah mendapat persetujuan (wakalah). Nilai terendah (yang masih lagi mencukupi nisab) dijadikan ukuran dalam kiraan kadar yang diwajibkan zakat setelah cukup haul.
Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta pihak Bank Islam untuk mengingatkan pendeposit bahawa kewajipan zakat itu bukan hanya dikira wang dan emas dalam satu simpanan bank sahaja, sebaliknya hendaklah digabungkan jumlah semua simpanan yang dimiliki oleh seseorang pembayar zakat.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2025 pada 4 Disember 2025.







