KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-76/2025
21 OKTOBER 2025 / 29 RABIUL AKHIR 1447
Bil. 1/76 TAHUN 2025
FATWA BERKAITAN MAKSUD GOLONGAN PENERIMA ZAKAT DI BAWAH KATEGORI AL-GHARIMIN
Definisi al-Gharimin merangkumi mereka yang telah dibebani hutang dan juga yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan. Ini termasuk mereka yang terpaksa berhutang demi kelangsungan hidup disebabkan faktor kesihatan, pendidikan, bencana, dan keselamatan. Pihak pengurusan zakat hendaklah memastikan mereka yang menuntut zakat dari bahagian ini benar-benar memenuhi kelayakan, bukan mengambil kesempatan.
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2025 pada 4 Disember 2025.







