KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-75/2025
25-26 OGOS 2025 / 1-2 RABIUL AWWAL 1447
Bil. 2/75 TAHUN 2025
FATWA BERKAITAN BADAL DAN UPAH HAJI
Badal Haji dan upah haji tidak boleh dikomersialkan melalui penyebaran iklan kepada orang awam. Tawaran badal haji secara komersial adalah membawa kepada penipuan dan manipulasi harta orang awam. Oleh itu ia hendaklah dihalang dan dihentikan oleh pihak pemerintah. Namun seseorang boleh meminta individu yang dipercayai, mengetahui hukum-hakam haji dan telah memperoleh permit atau visa haji bagi menunaikan haji untuk dirinya atau orang lain. Individu tersebut pula mestilah telah melaksanakan haji yang wajib untuk dirinya dan tidak boleh melaksanakan badal haji untuk lebih dari seorang dalam satu musim haji. Dalam situasi hari ini adalah amat sukar mendapatkan kuota haji bagi melaksanakan haji untuk pihak lain, di samping kos haji yang begitu tinggi.
-TAMAT-
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2025 pada 2 Oktober 2025.







