Hukum Menggunakan Selain Air Untuk Menghilangkan Najis

Hukum Menggunakan Selain Air Untuk Menghilangkan Najis

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-75/2025

25-26 OGOS 2025 / 1-2 RABIUL AWWAL 1447

                                 Bil. 1/75                                  TAHUN 2025                                

 

HUKUM MENGGUNAKAN SELAIN AIR UNTUK MENGHILANGKAN NAJIS

 Menghilangkan najis (Izalah al-Najasah) bertujuan menghilangkan najis dan kesannya yang nyata. Ini bererti apabila hilang ain najis dan kesannya yang nyata maka proses menghilangkan najis itu telah sempurna di sisi syarak. Bahan yang disepakati untuk menghilangkan najis ialah air mutlak dan inilah bahan yang paling afdhal.

Walaupun air mutlak merupakan bahan yang paling dapat membersihkan, namun dalam keadaan tertentu menggunakan bahan selain air lebih diutamakan jika terdapat keperluan. Ini seperti ketika kekurangan air, sakit yang sukar menggunakan air atau jika menggunakan air boleh menyebabkan kerugian, merosakkan harta dan seumpamanya.

Maka menggunakan apa-apa bahan yang suci untuk beristinjak atau untuk menghilangkan najis pada diri, pakaian atau tempat, seperti menggunakan tisu kering, tisu basah, wap atau apa sahaja bahan adalah dibolehkan jika najis dan kesan yang nyata itu dapat dihilangkan. Jika proses menghilangkan najis itu berlaku, maka diri, pakaian dan tempat yang terbabit boleh digunakan untuk tujuan beribadat. Pun begitu hendaklah mengelak dari menggunakan bahan-bahan yang memiliki nilai kemuliaan seperti makanan, kertas yang mengandungi teks al-Quran, hadis, atau ilmu syarak.

-TAMAT-

 KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah K.H Dr. Zaitun bin Rasmin
  12. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
  15. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 5 / 2025 pada 2 Oktober 2025.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 147
Semalam 1175
Minggu Ini 2579
Bulan Ini 18415

Keseluruhan 3357598

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  11/11/2025