KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-72/2025
24-25 FEBRUARI 2025 / 25-26 SYA’BAN 1446
Bil. 4/72 TAHUN 2025
FATWA BERKAITAN AJARAN AHMADI ATAU THE AHMADI RELIGION OF PEACE AND LIGHT
Ajaran Ahmadi merujuk kepada kumpulan atau ajaran The Ahmadi Religion of Peace And Light yang membuat dakwaan-dakwaan yang sesat bahkan kufur seperti:
1. Imam Mahdi yang mereka percayai akan mengubah, menambah, menggantikan dan menyempurnakan syariat Nabi Muhammad SAW.
2. Mendakwa al-Quran yang ada tidak lengkap.
3. Mendakwa terdapat pencipta lain yang tidak sempurna tetapi mentadbir alam ini.
4. Mendakwa solat lima waktu itu hanyalah sujud dan tunduk kepada Rasul dan Imam di zaman mereka.
5. Menghalalkan perkara yang secara pasti dan jelas haram dalam Islam seperti arak.
6. Mendakwa Nabi Isa AS disalib bagi menghapuskan dosa manusia pada zamannya sahaja demikian al-Husain yang dikorbankan di Karbala bagi tujuan menghapuskan manusia di zamannya.
7. Mendakwa Kaabah yang sebenar di Petra Jordan.
Mana-mana muslim yang mempercayai ajaran Ahmadi ini adalah sesat bahkan terkeluar dari Islam (murtad). Antara implikasinya ialah perkahwinannya dengan muslim / muslimah terbubar, tidak boleh mewalikan pernikahan, tidak mewarisi pusaka, tidak halal sembelihannya dan tidak dikebumikan di perkuburan muslim.
- TAMAT -
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj. Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Ustaz Burhanudin bin Lokman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 2 / 2025 pada 20 Mac 2025.