KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-71/2024
6-7 DISEMBER 2024 / 4-5 JAMADIL AKHIR 1446
Bil. 7/71 TAHUN 2024
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN
Setelah menyemak semula keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis pada 21 Februari 1993 yang bertajuk “Majlis Perujian Tilawah Al-Quran”, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa Majlis Tilawah Dan Hafazan al-Quran atau yang seumpamanya boleh diadakan dengan syarat-syarat berikut:
- Tujuan majlis berkenaan adalah untuk meningkatkan kualiti bacaan dan kefahaman terhadap al-Quran dan bukan bertujuan untuk kemenangan semata-mata.
- Suasana tidak menzahirkan kesombongan dan berbangga-bangga dalam mempamerkan kebolehan membaca al-Quran dan tidak menghormati al-Quran.
- Tidak berlaku perkara-perkara secara jelas menyanggahi hukum-hakam al-Quran dalam majlis tersebut, seperti pergaulan bebas, pembaziran, persembahan yang menyanggahi syariat dan promosi apa yang bertentangan (menyelisihi) dengan al-Quran.
-Tamat-
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2025 pada 16 Januari 2025.