• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Kelayakan Sesuatu Badan Atau Entiti (Syakhsiah I’tibariah) Untuk Diiktiraf Sebagai Asnaf Fisabilillah

Fatwa Kelayakan Sesuatu Badan Atau Entiti (Syakhsiah I’tibariah) Untuk Diiktiraf Sebagai Asnaf Fisabilillah

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-71/2024

6-7 DISEMBER 2024 / 4-5 JAMADIL AKHIR 1446

                                     Bil. 2/71                                         TAHUN 2024                                

 FATWA KELAYAKAN SESUATU BADAN ATAU ENTITI (SYAKHSIAH I’TIBARIAH) UNTUK DIIKTIRAF SEBAGAI ASNAF FISABILILLAH

 Golongan asnaf atau mustahiq boleh terdiri daripada individu (syakhsiah) atau entiti (Syakhsiah I'tibariah) yang layak menerima zakat kerana menjalankan aktiviti yang selari dengan keabsahan syariat dalam penggunaan dana zakat. 

Organisasi, badan, sekolah, institusi ilmu, atau pertubuhan yang berperanan mengukuhkan syariat Islam layak untuk menerima bahagian zakat fisabilillah di atas status sebagai sebuah entiti berasingan yang diiktiraf (syakhsiah I’tibariah). Pihak amil hendaklah menyemak terlebih dahulu sebelum mengiktiraf mana-mana entiti yang layak menerima peruntukan zakat fi sabilillah agar benar-benar memenuhi maksud fi sabilillah yang telah difatwakan.

-Tamat-

 KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2025 pada 16 Januari 2025.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 632
Minggu Ini 4467
Bulan Ini 21180

Keseluruhan 3304092

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  26/9/2025