KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-71/2024
6-7 DISEMBER 2024 / 4-5 JAMADIL AKHIR 1446
Bil. 3/71 TAHUN 2024
FATWA BERHUBUNG DENGAN KEWAJIPAN AMIL MEMASTIKAN KELAYAKAN PENERIMA ZAKAT (ASNAF)
Setelah pihak Amil mengenal pasti pihak yang layak dikategorikan sebagai asnaf zakat seperti fakir, miskin, ibn sabil, fi sabilillah dan muallaf atau lain-lain, maka zakat yang diberikan kepada mereka menjadi hak milik mereka. Pihak Amil tidak lagi berkewajipan untuk menyemak perbelanjaan mereka setelah pihak amil memastikan kelayakan mereka sebelum pemberian bahawa mereka termasuk dalam kategori asnaf. Maka pihak amil hendaklah sentiasa menyemak kelayakan pihak asnaf yang diberikan zakat sebelum agihan (pembagian) dilaksanakan. Di samping itu adalah dinasihatkan pihak amil memberi panduan kepada asnaf yang berkelayakan dalam perbelanjaan dana zakat yang diterima agar memenuhi tujuan pemberian kepada mereka.
-Tamat-
KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:
- Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
- Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
- Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
- Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
- Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
- Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
- Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
- Sahibul Fadhilah K.H Dr Zaitun bin Rasmin
- Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
- Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani – Setiausaha
DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 1 / 2025 pada 16 Januari 2025.







