Daurah Ilmiah Fiqh Puasa Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis

Daurah Ilmiah Fiqh Puasa Anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis

KANGAR, 13 Februari 2026 – Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail telah menganjurkan Daurah Ilmiah Fiqh Puasa yang berlangsung hari ini di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar.

Program berbentuk pembacaan dan syarahan kitab ini menampilkan YBhg. Ustaz Lokmanulhakim Hussain sebagai penceramah, dengan pengisian berfokus kepada kitab Mukhtasar Kitab Al-Siyam min Syarh Al-Mumti’.

Daurah yang berlangsung dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang ini bertujuan memberikan pendedahan serta kefahaman mendalam kepada masyarakat berkenaan hukum-hakam puasa menjelang Ramadan.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Mufti Negeri Perlis dalam memperkukuh kefahaman fiqh ibadah dalam kalangan umat Islam.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 249
Semalam 2426
Minggu Ini 6102
Bulan Ini 29101

Keseluruhan 3492955

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  18/2/2026