Mufti Negeri Perlis Ucap Terima Kasih Atas Gotong-Royong Giatmara Kangar Di Masjid Alwi

Mufti Negeri Perlis Ucap Terima Kasih Atas Gotong-Royong Giatmara Kangar Di Masjid Alwi

Kangar, 12 Februari 2026 – Mufti Negeri Perlis menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada warga GIATMARA Kangar atas penganjuran program gotong-royong di Masjid Alwi, hari ini.

Usaha murni yang dilaksanakan oleh tenaga pengajar, kakitangan serta para pelatih GIATMARA Kangar itu dilihat bertepatan dengan tuntutan Islam yang menekankan kebersihan serta semangat bekerjasama dalam masyarakat. Program seumpama ini turut memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Inisiatif berkenaan diharapkan dapat diteruskan secara berkala dan menjadi contoh kepada agensi serta institusi lain untuk sama-sama menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat.

Program gotong-royong yang berlangsung sejak pagi itu melibatkan kerja-kerja pembersihan ruang solat, kawasan persekitaran masjid serta kemudahan awam, sekali gus memastikan Masjid Alwi sentiasa berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif untuk para jemaah.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 249
Semalam 2426
Minggu Ini 6102
Bulan Ini 29101

Keseluruhan 3492955

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  18/2/2026