Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Bincang Lima Isu Semasa Hukum-Hakam

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Bincang Lima Isu Semasa Hukum-Hakam

KUALA LUMPUR, 10 Februari – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah melaksanakan Mesyuarat Kali Ke-78 / Bil. 1 bagi tahun 2026 selama dua hari bermula 9 hingga 10 Februari di Kuala Lumpur, bagi membincangkan beberapa isu hukum-hakam semasa demi kemaslahatan umat Islam serta rujukan agensi kerajaan.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sahibussamahah Prof. Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis, dengan kehadiran barisan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. 

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis terdiri daripada Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Naib Canselor Unisiraj, Profesor Dr. Azman Mohd Noor, Profesor Dr. Basri Ibrahim, Profesor Madya Dr. Mohd Akram Dahaman @ Dahlan, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar, Dr. Muhammad Zaitun Rasmin, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah, Ustaz Burhanuddin Lukman, Dr. Muhammad Lukman Mat Sin, Ustaz Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin, Dr. Muhammad Luthfi Mohammad Masruh serta Ustaz Tajul Urus Abdul Halim selaku Timbalan Mufti Perlis.

Turut hadir sebagai ahli ex-officio ialah Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor; Ketua Hakim Syarie Perlis, YAA Haji Jaidi Ahmad; serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Puan Maizura Shamsuddin. 

Mesyuarat diselaraskan oleh Ustaz Muhamad Khidhir Abdul Ghani selaku Setiausaha Jawatankuasa Fatwa.

Dalam mesyuarat kali ini, lima topik utama telah dibincangkan untuk penelitian hukum, iaitu hukum pelupusan tisu atau organ pesakit di hospital, taksiran zakat harumanis, wakaf irsod, perkahwinan pasangan bukan Islam apabila salah seorang memeluk Islam serta semakan fatwa berkaitan orang Islam memasuki rumah ibadah bukan Islam.

Segala keputusan serta huraian lanjut bagi setiap fatwa yang diputuskan akan diwartakan dan diterbitkan melalui saluran rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis untuk rujukan masyarakat umum, institusi serta agensi berkaitan.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 408
Semalam 2426
Minggu Ini 6261
Bulan Ini 29260

Keseluruhan 3493114

   Masa Capaian : 0.90 saat    Kemaskini :  18/2/2026