KANGAR, 12 Januari 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penulisan Khutbah Jabatan Mufti Negeri Perlis Kali Ke-1 bagi tahun 2026 telah diadakan pada Isnin, 12 Januari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis, Kangar, bermula jam 9.30 pagi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), YBhg. Ustaz Muhammad Haafizuddin bin Abirerah yang juga merupakan Panel Khutbah Negeri Perlis, serta YBhg. Ustaz Adnan bin Fadzil selaku Panel Khutbah Negeri Perlis. Turut hadir ialah pegawai-pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penyelarasan, perancangan serta penambahbaikan penulisan teks khutbah Negeri Perlis bagi tahun 2026. Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk memperkemaskan garis panduan penulisan khutbah Negeri Perlis agar dapat disampaikan dengan lebih berkesan.
Semua ahli jawatankuasa diharap untuk terus komited dalam memperkasakan peranan khutbah sebagai medium penting dakwah, pendidikan dan pencerahan kepada masyarakat Islam di Negeri Perlis.







