Gerhana Bulan: Umat Islam Negeri Perlis Tunaikan Solat Sunat Khusuf

Gerhana Bulan: Umat Islam Negeri Perlis Tunaikan Solat Sunat Khusuf

Kangar, 8 September 2025 – Umat Islam di seluruh Negeri Perlis semalam telah menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang berlangsung dengan jelas dan dapat diperhatikan dengan mata kasar bermula sekitar jam 12.27 tengah malam hingga 4.55 pagi.

Fenomena yang jarang berlaku itu mencapai kemuncaknya pada jam 2.11 pagi apabila bulan berada sepenuhnya di tengah bayangan bumi, lalu kelihatan berwarna kemerah-merahan. Kejadian ini berlaku hasil kedudukan matahari, bumi dan bulan yang hampir selari sehingga permukaan bulan ditutupi bayangan bumi.

Sehubungan dengan itu, masjid seluruh Negeri Perlis telah disarankan untuk melaksanakan Solat Sunat Khusuf (solat gerhana bulan) secara berjemaah sebagaimana yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis. Solat ini dilaksanakan sebagai tanda menginsafi kebesaran Allah SWT dan mengingatkan umat Islam tentang kekuasaan-Nya mengatur perjalanan alam semesta.

Umat Islam di negeri ini turut mengambil kesempatan memperbanyakkan doa, zikir dan muhasabah diri sepanjang fenomena tersebut berlangsung.

Fenomena gerhana bulan penuh kali ini bukan sahaja memberi pengalaman berharga kepada masyarakat, malah menjadi peringatan tentang keagungan ciptaan Allah SWT serta keperluan meningkatkan ketakwaan dalam kehidupan seharian.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 924
Semalam 1898
Minggu Ini 8879
Bulan Ini 24669

Keseluruhan 3442379

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  16/1/2026